Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Daripada Hobi, Jadi Jutawan

KUALA LUMPUR - Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah...

Final Skuasy Tidak Di...

KUALA LUMPUR - Mengambil kira keselamatan atlet, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) memutuskan...

Polis, JPJ Periksa 300...

LANGKAWI : Polis memeriksa kira-kira 300 buah motosikal yang memasuki pulau itu secara...

Penculik Belum Tuntut Wang...

KUCHING - Polis belum dapat mengesahkan identiti kumpulan yang menculik seorang lelaki dan...

‘African Scam’ Rekod Kerugian Lebih RM2 Juta Di Melaka

MELAKA – Sebanyak 78 kes kes penipuan ‘African Scam’ dan ‘Love Scam’ melalui laman sosial Facebook direkodkan di Melaka di antara Januari hingga Julai tahun ini, yang mencatatkan kerugian lebih RM2 juta.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata jumlah kes penipuan itu meningkat berbanding 50 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata kes terbaharu melibatkan seorang surirumah berusia 43 tahun yang kerugian RM721,000 pada 11 Ogos lepas dan seorang pensyarah kolej berusia 43 tahun dengan kerugian RM402,000 pada 12 Ogos lepas.

“Modus operandi sindiket itu adalah berkenalan dengan mangsa melalui Facebook sebelum memperdaya mereka untuk mendapatkan wang. Sasaran sindiket adalah wanita kesunyian.

“Kita nasihatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati semasa berkenalan dengan lelaki di Facebook dan jangan sewenang-wenangnya memberi mereka wang,” katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata anggota sindiket itu dipercayai berasal dari benua Afrika dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan akaun bank mangsa terdahulu untuk menipu mangsa baharu.

Ramli berkata dalam kes surirumah itu, anggota sindiket memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai ahli perniagaan yang menghadapi masalah kewangan dan mengajak mangsa melabur dalam perniagaannya.

Beliau berkata pensyarah kolej itu pula terpengaruh dengan kata-kata manis anggota sindiket yang berjanji memberikan hadiah mewah kepadanya.

Sementara itu, Ramli memberitahu bahawa tangkapan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 merekodkan peningkatan dengan 189 orang dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding 150 orang dalam tempoh sama tahun lepas.


Bagi tangkapan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, beliau berkata bilangannya turut meningkat daripada 50 orang dalam tempoh sama tahun lepas kepada 80 orang tahun ini manakala 39 orang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas tahun ini berbanding 16 orang pada tahun lepas.

Ramli berkata tangkapan terbaharu kes dadah melibatkan lima individu termasuk seorang penjawat awam di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan lepas di negeri ini.

Katanya polis merampas dadah heroin yang dianggarkan 75.6 gram dan 2.22 gram syabu yang kesemuanya bernilai RM3,000 serta selaras senapang angin dan 180 butir peluru timah dalam serbuan itu pada kira-kira 8 malam tadi.

Tiga lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan itu hasil risikan sejak sebulan lepas.

“Empat daripada suspek positif dadah jenis methaphetamine manakala penjawat awam wanita berusia 35 tahun itu negatif dadah,” katanya.

Ramli berkata kesemua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau dengan jumlah keseluruhan 33 kes termasuk dadah dan jenayah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori