Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Jalan Di Perlis...

PADANG BESAR - Tiga jalan utama di Perlis dikenal pasti sebagai kawasan paling...

Siapa Bohong Isu Pemilikan...

APRIL lalu, mahkamah Indonesia sudah mengesahkan yang kapal Equanimity tidak ada kaitan dengan...

Komuniti Statistik Perlu Rangkul...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru...

Chegubard Sah Dipecat PKR...

BELUM sempat buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu status...

ADUN Penanti Dakwa Peruntukan Kawasan Dibeku

GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Dr Norlela Ariffin mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang membekukan peruntukan untuk kawasannya sehingga September ini selepas beliau tidak hadir istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lepas.

Norlela berkata keputusan itu dimaklumkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri pada 12 Mei lepas yang dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

“Dalam mesyuarat pengerusi memberitahu peruntukan saya ditarik balik. Kebiasaannya peruntukan akan terus masuk dalam akaun. Pihak kerajaan negeri pun tidak menjelaskan apa-apa kepada saya berhubung perkara ini dan memaklumkan melalui parti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas mengenai kegagalannya untuk hadir pada istiadat mengangkat sumpah itu, Norlela berkata beliau bukan sengaja untuk tidak hadir sebaliknya mengikut arahan pimpinan parti supaya ADUN PKR negeri hadir pada Konvensyen PKR yang kebetulan berlangsung pada tarikh yang sama dengan majlis istiadat itu.

“Saya hanya ikut arahan majlis pimpinan. Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon pun ada dalam mesyuarat. Kami jadi hos untuk konvensyen PKR negeri. Bukan saya tidak hormat memang kami disuruh tunggu.

“Saya, Yang Berhormat (YB) Lee Khai Loon dan YB Ong Chin Wen diarah untuk tunggu. Takkan saya nak ingkar arahan pengerusi PKR negeri,” katanya.

Norlela berkata beliau tidak mempunyai niat untuk memperbesarkan isu itu sebaliknya hanya ingin meluahkan kebimbangannya kerana penarikan peruntukan itu mungkin akan menjejaskan program yang telah dirancang khusus untuk penduduk di kawasannya.

“Tidak betullah saya dihukum, saya pun tak faham kenapa. Saya tidak mahu bangkitkan isu ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), saya mahu perkara ini selesai sebelum sidang DUN berlangsung,” katanya.


Ditanya apakah tindakannya selepas ini, Norlela berkata beliau akan menuruti keputusan Majlis Pimpinan PKR Negeri.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar berkata peruntukan untuk ADUN Penanti bukan ditarik balik, tetapi wakil rakyat itu perlu memohon dan mendapat kelulusan daripada pejabat Ketua Menteri.

Beliau berkata perkara itu hanya membabitkan ‘outright grant’ untuk suku ketiga tahun ini bernilai RM50,000.

“Mesyuarat exco sebulat suara rasa ini harus dilakukan. Bagaimanapun wang (peruntukan) tidak dikurangkan langsung. Wang tetap akan dikeluarkan. Kami hanya buat satu tapisan melalui pejabat Ketua Menteri supaya mana-mana ADUN tidak pandang ringan perkara ini (tidak hadir majlis rasmi kerajaan negeri).

“Kadang-kadang kami tak mahu bagi teguran. Saya rasa perkara sebegini tidak harus berlaku. Keutamaan adalah untuk kita hormat Yang Dipertua Negeri,” katanya. – BERNAMA

Kategori