Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Bahan Mentah Untuk...

KUALA LUMPUR: Harga bahan mentah yang diimport bagi penghasilan ubat-ubatan untuk bekalan dalam...

Polis Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka empat kertas siasatan kes penghinaan terhadap...

Yingluck Gantikan Politik Dengan...

BANGKOK - Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membuka kediamannya kepada media antarabangsa...

Pondan Tak Serik, Operasi...

KUALA TERENGGANU – Tampil dengan berpakaian seksi dan mendedahkan sebahagian besar tubuh ‘wanita’,...

Adun Bukit Bunga Dilantik Pengerusi LKTN

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga, Datuk Mohd. Adhan Kechik dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikan itu berkuatkuasa 1 Oktober 2015 hingga 30 September 2017.

“Dimaklumkan bahawa Menteri MPIC, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melantik Mohd. Adhan sebagai Pengerusi baharu LKTN.

“Mohd. Adhan merupakan peguam bela dan peguam cara serta ADUN Kelantan Kawasan Bukit Bunga berpengalaman luas dalam sektor awam dan korporat,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, Mohd. Adhan berkelulusan LLB (Hons) (1979) Malaya dan LLM (Malaya) (1999).

“Antara jawatan yang pernah dipegang beliau adalah sebagai Majistret Kanan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Peguam Jabatan Amanah Raya Kuala Lumpur, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan dan Pengarah Spritzer Bhd.,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori