Adnan Zaylani Dilantik Penolong Gabenor BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Penolong Gabenor yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, Adnan Zaylani akan bertanggungjawab terhadap Jabatan-jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Undang-undang, serta Pengurusan dan Operasi Matawang.

“Adnan Zaylani mengambil alih portfolio Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz. Adnan Zaylani juga akan terus memegang jawatan Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut BNM, Adnan Zaylani memulakan kerjaya di bank pada tahun 1994 dan mempunyai pengalaman bekerja selama 22 tahun dalam bidang operasi pelaburan dan pasaran kewangan.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi daripada ‘London School of Economics and Political Science’ di United Kingdom.

“Berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz kini akan bertanggungjawab terhadap jabatan-jabatan Ekonomi, Dasar Monetari, Antarabangsa dan Perkhidmatan Statistik,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...