Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hari Keputeraan Raja Perlis...

KANGAR - Hari Keputeraan Rasmi Raja Perlis yang disambut pada 17 Mei setiap...

Bekas CEO Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia...

Dua Marshal Konvoi Motosikal...

Dua lelaki termasuk seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk yang terlibat dalam rakaman aksi...

Nasib Atlet Judo Perak...

PUTRAJAYA - Nasib atlet judo Perak yang gagal dalam ujian doping semasa Sukan...

Ada Masalah? SMS Saya Kata Jokowi

Jakarta – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam memberikan nombor telefon bimbitnya bagi memudahkan rakyat membuat aduan sekiranya mereka tidak menerima layanan baik oleh agensi kerajaan.

“Sekiranya anda menerima layanan kurang baik, sila laporkan kepada gabenor atau menteri, tetapi kalau tiada sebarang tindakan beritahu saya.

“Ini nombor telefon saya 0812 2600 960, sekiranya ada sebarang masalah sila hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja,” katanya.

Jokowi mendedahkan nombor telefonnya itu ketika mengedarkan kad pintar kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan di Jakarta.

Dalam majlis itu beliau meminta orang ramai membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan agensi kerajaan seperti di bahagian kesihatan, pendidikan atau agensi lain.

“Tolong SMS untuk beritahu saya sekiranya layanan agensi kerajaan ini bermasalah,” katanya.


Jokowi yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 semalam memuat naik satu pesanan di akaun Twitter @jokowi yang sudah lama tidak aktif.

Dalam pesanan itu beliau meminta rakyat Indonesia memberi pandangan atau maklum balas sekiranya ada perkara yang kurang diberi perhatian oleh kerajaan.

“Saya memang cukup lama tidak aktif di Twitter. Di bulan suci Ramadan ini saya mendapat inspirasi untuk aktif kembali.

“Selain menyampaikan maklumat kegiatan dan cadangan, saya juga mahu mendapatkan pelbagai persoalan daripada rakyat yang mungkin hilang daripada perhatian kerajaan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=bomKQx-8bkw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori