Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tolak Tindakan Yang Menghalang...

KOTA KINABALU - ​​​​Ketua Menteri ​​​Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Jose Mourinho Puji Persembahan...

LONDON - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memuji persembahan David de Gea sambil...

India Lancar Operasi Kereta...

NEW DELHI - India secara rasmi melancarkan perkhidmatan kereta api tanpa pemandu yang...

Jab. Biokeselamatan Perkenal Tatacara...

PUTRAJAYA - Jabatan Biokeselamatan akan memperkenal tatacara pensampelan dan 10 standard operasi piawai...

Ada Keretakan Di Jambatan Sungai Pahang Di LPT – LLM

Pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan laluan di Lebuh Raya Pantai Timur antara Lanchang ke Chenor masih lagi ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir, dan para pengguna diminta melalui jalan alternatif.

Selain itu, LLM turut memberitahu bahawa Jambatan Sungai Pahang di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dilaporkan masih berada dalam keadaan baik tetapi ada sedikit keretakan pada “Expension Joint” jambatan dan sambungan dinding “Parapet” jambatan itu.

“Pihak LLM telah mengenalpasti keadaan ini sebelum kejadian banjir lagi.

MENARIK – Laluan Kuantan – Karak LPT Masih Ditutup Untuk Semua Kenderaan

“Pihak konsesi ANIH akan melaksanakan penukaran “Expension Joint” kepada jenis mekanikal ‘Joint’ selepas banjir kelak,” menurut kenyataan LLM di Twitter.

JambatanRetak

LLM berkata pihak konsesi juga akan melakukan siasatan lanjut kepada kestabilan jambatan selepas keadaan kembali pulih seperti sediakala selepas banjir.


Sementara itu, berkaitan laluan di LPT yang ditutup pihak LLM turut memberikan cadangan beberapa laluan arternatif untuk digunakan kenderaan. – MYNEWSHUB.CC

Video Keadaan Banjir Di LPT

Cadangan_1 Cadangan_2 Cadangan_3

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori