Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Penuntut UA Dihalang...

KUALA LUMPUR – Tiada kes penuntut Universiti Awam (UA) dihalang daripada menghadiri Perhimpunan...

Benci Panggilan Tawar Kad...

Situasi pertama: Sedang syok anda menjamu selera, tiba-tiba telefon anda berdering. Bila diangkat,...

Sah! 1 Kerusi Parlimen...

PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari...

Model Berbogel Di Tasik...

IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet,...

Acara Dangdut Di Kota Malang Juga Dibatalkan Malam Ini

Nampaknya bukan pemerintah Jawa Timur sahaja yang membuat keputusan untuk membatalkan sambutan tahun baru 2015 susulan tragedi pesawat QZ8501, tetapi juga beberapa kota lain di Indonesia.

(BACA: Tiada Sambutan Tahun Baru 2015 Di Jawa Timur – Gabenor)

Ia termasuklah Kota Malang yang sepatutnya meraikannya dengan hiburan dangdut pada malam ini.

Laporan media Indonesia menyebut, seramai 30 orang penumpang yang berada dalam pesawat tersebut merupakan penduduk kota itu.

“Kita sedang berkabung, jadi acara muzik kami batalkan. Kami ganti dengan tahlil, ini lebih bermanfaat kepada mangsa,” ujar Datuk Bandarnya, Moch Anton.

Menurutnya lagi, acara muzik itu juga digantikan dengan hadrah, namun bunga api tetap akan dilancarkan sebagai simbolik tahun baru.


Sementara itu, di Jakarta, acara Jakarta Night Festival (JNF) juga mengalami perubahan pada tentatifnya kerana ramai yang masih berduka dengan nahas itu.

Pengunjung akan diberikan lilin dan bacaan doa akan dilakukan khas untuk mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori