Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penggambaran Abang Long Fadil...

KEJAYAAN filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan...

Najib Adakan Sidang Media...

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan satu sidang...

PKPIM Tuntut Janji Maszlee...

KUALA LUMPUR - Dr. Maszlee Malik diminta memberi penjelasan susulan didakwa tidak mengotakan...

3 Tapak Pembinaan Di...

SEREMBAN - Tiga tapak pembinaan di sini yang diperiksa oleh anggota penguat kuasa...

Abu Sayyaf Terdesak Mahu Tunai

KOTA KINABALU – Kumpulan lelaki bersenjata yang menyimpan empat rakyat Malaysia di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo kelihatan terdesak untuk ‘menukar’ tawanan mereka itu bagi mendapatkan wang tunai.

Pandangan itu dinyatakan aktivis anti penculikan yang berpengkalan di Jolo, Prof Octavio Dinampo.

Katanya, gambar empat mangsa yang dimuat naik di Facebook adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada keluarga mereka.

Tambah beliau, pihak berkuasa Malaysia dilihat tidak lagi bersedia untuk mengambil pendekatan yang lembut untuk tawar menawar dengan pengganas itu.

“Ia dapat dilihat berdasarkan usaha kerajaan Malaysia untuk menghentikan semua perdagangan tukar barang antara Sabah dan selatan Filipina,” kata Prof. Dinampo ketika dihubungi.

Katanya, penamatan perdagangan tukar barang telah menyebabkan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan bahan api di wilayah Selatan Filipina iaitu Sulu.


Jolo dan Tawi Tawi berada di daerah itu.

Pada Khamis lalu, gambar empat rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan berhampiran Semporna telah dimuat naik di Facebook. – mStar Online

1 komen

  1. Penculik tertekan kebebasan warga dari selatan philipina tersekat tak mcm dulu.warganya tak bulih niaga untuk cari makan.nyawa penculik oleh keselamatan tiga negara menyukarkan merika untuk menculik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori