Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APEC Disaran Beri Lebih...

KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memberi lebih...

Institusi Kewangan Tutup 238...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah-langkah agresif untuk memerangi skim...

Stacy, Rakan Artis Anak...

SEBAGAI anak kelahiran negeri Sabah, pastinya mereka turut terkesan dengan kejadian gempa bumi...

Fahaman Daesh Dimurkai Allah...

KUALA LUMPUR - Keganasan yang dilakukan oleh kumpulan militan Daesh atau Islamic States...

Abu Sayyaf Muat Naik Gambar Mangsa Culik Di FB

KOTA KINABALU – Gambar empat warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh kumpulan militan tersebut.

Keempat-empat mangsa culik itu dilihat mencangkung dengan salah seorang daripada mereka memegang sehelai kertas dengan tulisan ‘Victor Troy’ dan tarikh ‘8 April 2016’.

Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan baru-baru ini oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Empat warga Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, kesemuanya dari Sarawak, diculik dari sebuah kapal tunda MV Masfive 6 di Pulau Ligitan pada 1 April ketika dalam perjalanan ke Tawau selepas menghatar muatan kayu ke Manila.

Penculik menghubungi keluarga mangsa culik pada 12 April dan menuntut wang tebusan bagi pembebasan mereka.

Pada 14 April keluarga mangsa bertemu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk meminta bantuan.


Namun masih tidak jelas siapakah dalang penculik empat warga Malaysia itu tetapi difahamkan mereka ditahan seorang sub komander kumpulan Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Sawajan.

Beberapa individu yang tahu mengenai operasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan berkata kumpulan itu ada kaitan dan membantu antara satu sama lain untuk mengelak operasi ketenteraan Filipina di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

Mereka berkata nama yang digunakan untuk laman Facebook itu kemungkinan besar direka tetapi ia kelihatan seperti satu percubaan untuk membuka medium komunikasi antara mangsa dengan ahli keluarga mereka. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori