Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Paha Jurukamera Melecur Gara-Gara...

SEORANG jurukamera Bernama News Channel (BNC) melalui pengalaman ngeri dalam hidupnya apabila power bank yang...

Harga Minyak Naik: Bincang...

BAGAN DATUK - Kerajaan akan membincangkan beberapa mekanisme bagi menangani isu kenaikan harga...

Suspek Kebakaran Tahfiz Tak...

KUALA LUMPUR - Suspek yang berumur di bawah 18 tahun bagi kes 23...

Danyal Balagopal Umum Letak...

KUALA LUMPUR - Susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih bertanding bagi pilihan raya...

AADK Labuan Pertingkat Operasi Dadah

LABUAN – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Labuan mahu menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk tempatan dengan lebih berkesan, ekoran peningkatan jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP).

Ketua Pegawai AADK Labuan Mohd Hanip Juarip berkata kesemua OKP itu adalah penduduk tempatan berumur antara 15 tahun (tercicir daripada persekolahan) dan 55 tahun.

“Kami perlu mempertingkatkan operasi di semua kawasan dikenal pasti yang kini menjadi sarang dadah. Jumlah OKP semakin meningkat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

OKP di Labuan kini berjumlah 201 orang termasuk 13 wanita. Ia meningkat dengan ketara berbanding 66 orang (lima wanita) pada 2015 sebelum bertambah kepada 117 orang (10 wanita) tahun lepas.

“Peningkatan operasi kami mengakibatkan pertambahan dalam OKP. Kami akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan dalam menerangi penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk tempatan,” katanya.


Hanip berkata 105 orang ditahan bagi tempoh Januari hingga November, berbanding 32 orang pada 2015 dan 82 pada 2016.

OKP perlu melaporkan diri kepada AADK sebulan sekali, dan jika gagal berbuat demikian, mereka boleh didakwa di mahkamah dan berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun serta tiga sebatan, atau kedua-duanya, mengikut Subseksyen (3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) Akta 1983. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori