Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zairil Khir Johari Diumum...

GEORGE TOWN - Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari diumum sebagai Presiden...

Arab Saudi Larang Guna...

JEDDAH : Visa pelancong tidak membolehkan pemegangnya menunaikan haji atau umrah ketika musim...

Mayat Dipercayai Dibunuh Ditemui...

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki yang tidak berpakaian dengan kesan kelar di...

Peguam Didakwa Pecah Amanah...

Kuala Lumpur - Seorang peguam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini...

AADK Guna Pemain Bola Sepak Terkenal Jadi Ikon Bebas Dadah

ALOR SETAR – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan melantik pemain bola sepak negeri dan kelab yang terkenal sebagai ikon bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK, Azizan Ariffin berkata populariti yang ada pada mereka dapat digunakan pihaknya dalam kempen anti-dadah kepada peminat dan penyokong bola sepak.

Beliau berkata mereka dapat dijadikan contoh terbaik bebas daripada penyalahgunaan dadah terutamanya golongan belia yang mudah terjebak dengan pelbagai jenis dadah.

“Pemain bola sepak di negara ini mempunyai peminat yang ramai dan mereka perlu dijadikan role model kepada peminatnya dalam usaha AADK membanteras penyalahgunaan dadah,” katanya pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama AADK, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya menerusi kerjasama itu, AADK turut menayangkan pelbagai jenis video animasi bahaya penyalahgunaan dadah pada papan iklan dalam stadium sebagai satu langkah untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya dadah.

Azizan berkata maklumat yang disampaikan oleh AADK mampu untuk menyedarkan ibu bapa dan golongan belia yang hadir ke stadium setiap kali perlawanan diadakan.


Beliau berkata secara tidak langsung penonton bola sepak yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sedar mengenai ancaman dadah terhadap negara ini dan mereka akan berusaha untuk memeranginya di peringkat keluarga.

“Di Kedah ancaman dadah amat serius iaitu sejak Januari hingga April tahun ini, seramai 6,000 penagih dadah berusia 13 hingga 39 tahun dikesan dan diletakkan di bawah pengawasan AADK. Daripada jumlah itu, seramai 250 penagih wanita,” katanya.

Katanya KFA merupakan pasukan dan negeri kedua bekerjasama dengan AADK selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 8 April lepas dan akan meneruskan kerjasama ini di negeri lain dalam tempoh terdekat.

Majlis menandatangani nota kerjasama itu disempurnakan oleh Menteri Besar Keedah merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengurus Besar PSNK, Zulhasni Mohamad Rashid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori