Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Filipina Tangani Insiden Bakar...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina akan menangani insiden orang awam bertindak membakar...

Donald Trump Nafi Sedang...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menafikan sedang merancang untuk...

CNY: Diskaun Tol Di...

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan...

Soal Berhijab, Akim Minta...

BERITA penghijrahan penyanyi terkenal Stacy memeluk Islam pada bulan Ogos tahun lalu mendapat...

98% Perniagaan Negara Berteraskan Sektor PKS

SUNGAI BESAR – Kerajaan sentiasa mempelbagaikan usaha memperkasa dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memandangkan 98 peratus daripada jumlah perniagaan seluruh negara datang daripada sektor tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata setakat ini, sebanyak 653,158 syarikat PKS telah berdaftar dengan kementerian itu dan 19.5 peratus atau 127,366 daripadanya bertapak di Selangor.

Berikutan itu, katanya, PKS dilihat sebagai tulang belakang ekonomi negara kerana sumbangannya yang besar dan kerajaan Persekutuan dan negeri perlu memberi lebih tumpuan kepada sektor terbabit.

“Kadang-kadang ada orang tersilap fikir, ingat PKS sekadar membuat kuih di belakang rumah tetapi hakikatnya ia adalah sebuah entiti perdagangan keseluruhan termasuk perkilangan, perhotelan kecil, restoran dan kontraktor kelas F.

“Disebabkan itu, MITI sentiasa menekankan kepada rakyat bahawa kerajaan menyediakan banyak insentif, geran, saham Bumiputera dan sebagainya kepada syarikat yang memenuhi syarat untuk terus bantu mereka mengembangkan perniagaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, program-program Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan kementerian itu serta agensi di bawahnya pada tahun ini telah mencapai tahap 21 peratus setakat suku pertama 2016.


“MIDF contohnya, prestasi sehingga Mei 2016 menunjukkan pembiayaan dan pinjaman yang telah diluluskan berjumlah RM13.2 bilion untuk dimanfaat 10,283 syarikat, dengan RM4.6 bilion sahaja bagi 2,535 syarikat Bumiputera.

“SME Corp menerusi program Business Accelerator Programme (BAP), iaitu bantuan bersepadu meningkatkan keupayaan PKS pula telah memberikan 1,005 kelulusan kewangan dengan 363 atau 36 peratus adalah bagi PKS Selangor dengan nilai kelulusan RM75.9 juta,” katanya.

Jelas Ahmad, berbekalkan pelbagai bantuan dan khidmat nasihat yang disediakan MITI, menjadi hasrat kerajaan untuk melihat industri PKS juga mampu mengeksport produk mereka sehingga ke luar negara.

Menurutnya, PKS boleh menumpukan kepada negara-negara ASEAN memandangkan terdapat potensi kira-kira 600 juta bakal pembeli dari rantau tersebut secara keseluruhannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori