Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buaya Haiwan Purba Akan...

KUCHING - Jabatan Hutan Sarawak akan mengekalkan buaya, satu-satunya haiwan spesis purba 'the...

J/K Khas Pantau Impak...

KOTA KINABALU - Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti dan mengkaji...

1 Mei Tarikh Lihat...

KUALA LUMPUR : Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1...

Pertubuhan Hak Asasi Dakwa...

KUALA LUMPUR - Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mendakwa Kod Syariah Jenayah...

96 Kes Ceroboh Tanah Kerajaan Di C.Highlands

KUALA LUMPUR – Sebanyak 96 kes pencerobohan tanah kerajaan di Cameron Highlands dikesan sehingga kini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata kedudukan tanah yang diceroboh itu melibatkan tanah kerajaan sebanyak 4,106 ekar (661.7ha), 1,314 ekar (531.8ha) hutan simpan kekal, 38 ekar (5.38ha) penempatan orang asli, 94 ekar (8.04ha) rizab sungai dan 20 ekar (98.09ha) rizab jalan.

“Kedudukan tanah adalah hak negeri. Namun, tindakan undang-undang dan pemulihan kawasan pencerobohan telah diambil secara bersama-sama melalui Jawatankuasa Memulihkan Cameron Highlands di bawah Kerajaan Negeri Pahang.

“Banyak pihak tidak yakin Cameron Highlands berjaya dipulihkan semula kerana pelbagai masalah seperti kawasan ini telah diteroka dengan teruk, sejuknya semakin berkurang, penggunaan baja organik sehingga menyebabkan kawasan itu tidak begitu bagus untuk kawasan pelancongan tetapi jika kita pulihkan semula hutan sudah pasti kawasan ini akan menjadi kawasan pelancongan,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu kedudukan terkini pencerobohan tanah kerajaan di Cameron Highlands.


Shahidan berkata kerajaan tidak berkompromi dan bertolak ansur kepada pihak yang terlibat dengan kes pencerobohan tersebut sebagai usaha berterusan dalam memulihkannya semula sebagai sebuah kawasan pelancongan.

Katanya usaha menempatkan pasukan komando di Cameron Highlands secara kekal dilihat sebagai satu daripada strategi mengekang aktiviti pencerobohan haram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori