Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanusi Serah Kepada SPRM...

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor merasakan tiada...

Pembuatan Bedak Sejuk Tradisional...

BALIK PULAU - Kampung Kuala Jalan Bharu di sini telah berusia hampir 100...

Nenek Tawar Wang, Iphone...

SEORANG wanita warga emas yang kesunyian, baru-baru ini mendapat perhatian meluas di China selepas...

Nicol Terus Unggul Pemain...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David masih mengungguli kedudukan sebagai...

95 Tahanan Larikan Diri Dari Penjara IS

DAMSYIK – Sejumlah 95 tahanan termasuk pejuang Kurdis melarikan diri dari sebuah penjara kawalan kumpulan militan Islamic States (IS) di utara Syria tetapi kebanyakan mereka telah ditangkap semula, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam.

Kejadian itu berlaku di bandar al-Bab, sekitar 30 kilometer ke selatan sempadan Turki, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Kumpulan IS mengawal banyak wilayah di utara Syria dan menguruskan penjaranya sendiri, mahkamah dan beberapa fasiliti lain dalam usaha kumpulan militan itu meluaskan kuasanya ke Iraq.

“Tahanan yang melarikan diri termasuk sejumlah orang awam Syria, kira-kira 30 pejuang Kurdis dan anggota batalion beberapa kumpulan Islam yang menentang IS,” kata kumpulan pemerhati berkenaan.

Sehingga kini, pejuang Kurdis yang dibantu serangan udara pakatan Amerika Syarikat berusaha untuk mengusir IS dari utara Syria.

Kumpulan militan itu meletakkan bandar al-Bab dalam keadaan berjaga-jaga dan menggunakan pembesar suara untuk meminta penduduknya supaya menangkap tahanan-tahanan tersebut.

“Mereka (militan IS) mewujudkan beberapa pos pemeriksaan dan menggeledah rumah penduduk,” kata ketua kumpulan pemerhati itu, Rami Abdulrahman.


Kumpulan IS masih menguasai al-Bab yang terletak ke timur laut bandar Aleppo.

“Insiden itu menunjukkan kelemahan IS kerana bilangan tahanan yang melarikan diri adalah besar,” tambahnya.

Pejuang IS berperang sesama sendiri pada hujung minggu lalu di al-Bab apabila sebilangan anggotanya melarikan diri dari sebuah penjara lain di bandar itu dan cuba menuju ke sempadan Turki.

Kumpulan IS kemudian memindahkan tahanan mereka ke penjara baharu tersebut.

Mereka yang melarikan diri pada hujung minggu lalu termasuk sejumlah pejuang Eropah dan disekat oleh militan IS lain dalam pertempuran yang meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=5UiC_U_q8B4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori