Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tak Sempat Kahwin, Kim...

PELAKON popular yang merupakan anggota rancangan popular Korea Selatan, 2 Days 1 Night,...

Netizen Turut Berkongsi Kesedihan...

BERITA kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bukan sahaja meninggalkan...

Tangki Najis Meletup Hingga...

Penduduk bandar Zhanjiajie  gempar apabila sebuah takungan najis meletup secara tiba-tiba hingga menyebabkan...

Najib Yakin Hubungan M’sia-Arab...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin hubungan akrab...

9 Wanita Maut Traktor Terhumban Ke Dalam Terusan

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala beberapa orang lagi cedera pada Jumaat selepas sebuah traktor yang membawa pekerja ladang di dalam trolinya terbabas sebelum terhumban ke dalam sebatang terusan di negeri Telangana, yang terletak di selatan India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Traktor itu terhumban ke dalam terusan Projek Alimineti Madhava Reddy berhampiran Kampung Waddipatla di daerah Nalgonda, 128 kilometer di tenggara Hyderabad, ibu kota Telangana.

“Pagi ini dalam satu nahas tragik, sebuah traktor yang membawa lebih 30 pekerja ladang, kebanyakannya wanita, telah terhumban ke dalam sebatang terusan,” kata Ramna Reddy, seorang pegawai polis kepada Xinhua menerusi telefon.

Setakat ini, kesemua mayat yang dikeluarkan adalah wanita, katanya, sambil menambah bahawa beberapa mangsa yang berjaya diselamatkan kini dirawat di sebuah hospital berhampiran.

Menurut para pegawai, pekerja terbabit dalam perjalanan ke Kampung Pulicherla untuk melakukan tugas harian.


Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Laporan awal menyebut pemandu traktor hilang kawalan sebelum ia terhumban ke dalam terusan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori