8,784 Calon Duduki Peperiksaan STAM Mulai 17 Okt

PUTRAJAYA – Seramai 8,784 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula pada 17 hingga 19 Okt dan 25 hingga 26 Okt, di 224 pusat peperiksaan di seluruh negara serta di Kemboja.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, daripada jumlah itu, seramai 2,110 calon adalah dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan.

Seramai 4,617 calon lagi adalah dari sekolah menengah agama negeri, 680 calon sekolah menengah agama rakyat, 30 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 1,269 calon persendirian dan 78 calon luar negara (Kemboja).

Jadual peperiksaan juga telah diedarkan ke sekolah dan turut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.Ip.moe.gov.my.

Semua calon dinasihat merujuk kepada jadual waktu peperiksaan bagi maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon juga diingatkan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Seramai 930 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar, tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply