Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pilih Bayar Bil Atau...

SEORANG ibu dalam dilema. Ini kerana dia terpaksa membuat keputusan sama ada perlu...

Sajat Kini Dilamun Cinta...

SEBELUM ini hangat dengan satu posting penyanyi, Yuna yang menceritakan bagaimana dia jatuh cinta...

Sivarraajh Nafi Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden...

Di Sebalik Spekulasi, UMNO...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang...

85 Kampung Tenggelam, Empangan Pecah Di Myanmar

YANGON – Sejumlah 85 perkampungan ditenggelami air selepas sebuah empangan di Myanmar pecah, kata akhbar rasmi negara itu hari ini.

Kejadian itu turut menjejaskan lebuh raya dan memaksa lebih 63,000 penduduk meninggalkan rumah mereka.

Bencana itu menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan empangan di Asia Tenggara terutama selepas insiden di Laos bulan lalu, membabitkan sebuah empangan hidroelektrik yang mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan 27 orang maut.

Pasukan bomba, tentera dan pegawai melancarkan operasi menyelamat semalam selepas insiden itu menyebabkan sungai Swar di tengah Myanmar melimpah.


Air sungai naik mendadak sehingga membanjiri perkampungan dan dan bandar-bandar berhampiran Swar dan Yedashe.

Timbalan ketua pengarah Jabatan Pengurusan Pengairan dan Penggunaan Air, Zaw Lwin Tun memberitahu akhbar Global New Light of Myanmar, banjir di empangan semakin surut.

“Runtuhan itu disebabkan oleh saluran untuk mengalirkan air berlebihan rosak. Tetapi empangan dalam keadaan baik,” katanya.

Beberapa hari sebelum kejadian, pihak berkuasa memberi jaminan empangan berkenaan baik dan mampu menampung sehingga 266.8 juta meter padu air, walau wujud kebimbangan di kalangan penduduk akan berlaku limpahan, kata media rasmi. – Reuters

Kategori