Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penonton Cedera Rai Kemenangan...

NICE, Perancis - Lebih 20 penyokong bola sepak cedera di sebuah stadium di...

Intan Nafi Putus Dengan...

UMUM mengetahui hubungan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli telah pun berakhir...

Penjawat Awam Tentukan Jatuh...

MELAKA - Penjawat awam di negeri ini diminta menerap dan mengamalkan nilai murni...

Pembangkang Sri Lanka Mahu...

COLOMBO – Pemimpin-pe­mimpin pembangkang bertemu kelmarin bagi membincangkan rancangan membentuk sebuah kerajaan campuran...

81 Warga Asing Pekerja Pusat Hiburan Ditahan

PUTRAJAYA – Seramai 81 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi yang dijalankan di beberapa premis pusat hiburan karaoke keluarga, pusat snooker dan dart di Jalan Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin lepas (7 Ogos).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Operasi Ikrar yang melibatkan 64 anggota penguat kuasa Imigresen itu dilaksanakan susulan aduan dan maklumat awal orang awam terhadap warga asing yang bekerja tanpa pas atau dokumen sah di premis mewah sekitar kawasan tersebut.

Katanya seramai 95 individu diperiksa dalam operasi itu dan mereka yang ditahan  melibatkan 47 lelaki warga Bangladesh, 18 lelaki dan empat perempuan warga  Myanmar, seorang lelaki dan enam perempuan warga Indonesia, empat lelaki warga  India dan seorang lelaki warga Thailand yang bekerja tanpa dokumen sah.

Turut ditahan ialah enam lelaki rakyat tempatan yang mengaku sebagai pengurus  atau penyelia premis semasa pemeriksaan dijalankan, katanya dalam kenyataan  hari ini.

“JIM mendapati premis yang diperiksa juga tidak mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian,” katanya, sambil menambah  pihaknya akan memanjangkan isu kegiatan itu kepada pihak berkuasa tempatan yang berwajib.

Mustafar berkata, selain itu, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM11,200 hasil daripada pendapatan perjudian.


Antara lain, sebanyak tujuh saman saksi dikeluarkan kepada pekerja bagi membantu siasatan lanjut.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan susulan.

Beliau berkata tindakan setimpal akan dikenakan terhadap pemilik atau majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen dan Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah, serta dengan sengaja memberi perlindungan kepada pekerja asing yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 155). – BERNAMA

Kategori