Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JAIS Kata Tiada Kuasa...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengeluarkan arahan pembatalan...

293 Kes Mahkamah Jenayah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 293 kes telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap...

Mayat Wanita Dibunuh Kekasih...

JOHOR BAHRU – Proses pengecaman mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam kotak...

TMJ Faktor Persembahan Positif...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya masih gagal menemui kemenangan selepas dikecewakan Lubnan...

8 Syarikat Malaysia Akan Melabur AS$3 Bilion Di India

KUALA LUMPUR – Lapan syarikat Malaysia akan melabur sebanyak AS$3 bilion (AS$ 1.00 = RM4.03) di tujuh sektor, termasuk tenaga boleh diperbaharui dan biodiesel, di wilayah Andhra Pradesh, India.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Persatuan Biodesel Malaysia, Protasco Bhd., Pertubuhan Koperasi Polis, Antah Strategic Services Sdn. Bhd., Entogenex Industries Sdn. Bhd., Sumwim Solutions Malaysia Sdn. Bhd., Highgard Sdn. Bhd. dan China 1st Metallurgical Construction Sdn. Bhd.

Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di kalangan syarikat Malaysia dengan Lembaga Pembangunan Ekonomi Andhra Pradesh, ini bakal mewujudkan kira-kira 8,000 pekerjaan, kata Pengerusi Bersama Majlis Perniagaan ASEAN-India, Datuk Ramesh Kodammal.

“Nilai MOU yang ditandatangani hari ini hanya sebahagian kecil daripada potensi perniagaan antara ASEAN dan India.

“Dengan gabungan 1.8 bilion orang penduduk dan kewujudan perjanjian perdagangan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-India (AIFTA) dan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), peluang-peluang di ASEAN dan India adalah banyak bagi entiti perniagaan kami,” katanya pada Pertemuan Kepimpinan Perniagaan ASEAN-India 2016 di sini, hari ini.

Majlis tandatangan MoU tersebut telah disaksikan oleh Ramesh dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lima sektor yang menarik minat pelaburan syarikat Malaysia ialah industri makanan dan minuman, peruncitan, air dan kumbahan, loji rawatan air, bioteknologi serta kawalan vektor.


Ramesh berkata, terdapat empat sektor lain yang menawarkan peluang perniagaan untuk ASEAN di India serta firma-firma India di ASEAN, iaitu ekonomi digital, infrastruktur serta logistik termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

Sementara itu, Mustapa berkata India menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, dan ini mewujudkan peluang untuk pelaburan luar.

“India, sebelum ini, berkembang pada kadar 5.0-6.0 peratus. Sekarang, ia mencatatkan pertumbuhan kira-kira 7.5 peratus.

“Andhra Pradesh (negeri) adalah kawasan yang paling pesat berkembang iaitu pada 10.9 peratus (dalam 2015),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori