Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Marahkan Myvi, Wanita Hamil...

IDENTITI enam ahli Familia Myvi Club (FMC)  yang berlumba masih lagi menjadi tanda...

Melaka Bentang Bajet 2018...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan membentangkan Bajet 2018 pada persidangan Dewan Undangan...

Malaysian Tigress Duduki Tempat...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara menamatkan kempen Kejohanan Piala Asia 2017...

Kota Bharu, Bachok Paling...

KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menerima peningkatan laporan melibatkan pembakaran...

8 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Jelutong

GEORGE TOWN – Lapan buah rumah papan di Kampung Telaga Rendah, yang terletak di Jalan Madrasah, Jelutong di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Ismail Md Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.06 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Semasa pihak bomba tiba di lokasi kebakaran, sebahagian daripada lima buah rumah itu telah hangus terbakar dan api marak dengan cepat kerana rumah terlalu rapat serta jenis kayu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran itu kerana kebanyakan penghuni rumah sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari terdapat api.


Katanya pihak bomba dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah lain di kawasan itu kira-kira pukul 4.58 petang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian.

Ismail berkata seramai 22 pegawai dan anggota bomba bersama lima jentera dibantu 50 anggota pasukan bomba sukarela terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu. – BERNAMA

Kategori