Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Faizal Letak Jawatan...

IPOH - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri...

GAMBAR: Wanita Obses Berhabis...

DISEBABKAN obses dengan jenama minuman ringan Coca Cola, seorang wanita dari Ireland sanggup...

Kenyataan MITI Syok Sendiri,...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa mengeluarkan kenyataan yang...

Orang Dewasa Disaran Ambil...

KITA sering mengandaikan pengambilan vaksin hanyalah untuk kanak-kanak atau diberikan sebelum mengembara ke luar...

8 ‘Perogol’ Kambing Bunting Masih Bebas

NEW DELHI – Polis di utara India sedang mengiat memburu lapan lelaki yang didakwa ‘merogol’ seekor kambing bunting sehingga mati.

Beberapa pencarian dilakukan di wilayah Mewat yang terletak di Haryana kira-kira 100 kilometer (km) dari Delhi.

Semua suspek bakal berdepan tuduhan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan ‘persetubuhan di luar tabii’ pertuduhan sama dengan perlakuan seks gay.

“Kami sudah mengenal pasti tiga daripada lapan suspek dan polis sedang memburu mereka,” kata jurucakap polis Naazneen Bhasin kepada AFP.

Kes itu disiasat selepas pemilik kambing tersebut terserempak dengan tiga lelaki sedang melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap haiwan peliharaannya itu pada waktu malam, minggu lalu.

“Dia yang pada mulanya menyangka pencuri cuba mencuri kambing tetapi dengan apa yang dilihatnya,” kata seorang inspektor polis yang hanya dikenali sebagai Vipin.


Kambing bunting itu mati sejurus selepas insiden tersebut.

Doktor veterinar telah mengambil sampel untuk analisis forensik.

Kesemua suspek juga bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman terhadap haiwan. – mStar Online

Kategori