Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TNB Nafi Wujud Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan jalinan kerjasama dalam program pemasangan...

Jemaah Haji Negara Akan...

MAKKAH - Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan mula bergerak secara berperingkat ke...

“Saya Tidak Perlu Meminta...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak perlu meminta maaf kepada PAS".Demikian reaksi tegas Penasihat...

PRN Johor: Salahuddin, Aminolhuda...

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan 16 calon yang akan bertanding...

8 Peniaga Tidak Letak Tanda Harga Dikompaun

KANGAR – Akibat tidak meletak tanda harga dalam tempoh kawalan harga musim perayaan Aidilfitri, lapan peniaga dikompaun Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis.

Pengarah KPDNKK Perlis, Khairul Amin Talib berkata, peniaga pasar sehari dan pasar awam di sini dikesan melakukan kesalahan itu ketika menjelang Hari Raya baru-baru ini.

Semua peniaga terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dengan dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan kali pertama, katanya ketika ditemui pada jamuan Hari Raya KPDNKK Perlis di sini hari ini.

Khairul Amin berkata, jumlah itu bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding 15 peniaga dikenakan tindakan sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran di kalangan peniaga untuk meletak tanda harga.


Katanya, mulai 25 Julai lepas harga barang kawalan musim perayaan yang dikawal seminggu sebelum dan selepas Hari Raya, kembali ditentukan harganya oleh pasaran. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori