Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Gomez Akui PKNS Pasukan...

KUALA LUMPUR - Pengurus dan Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez...

Setahun Pemergian Adib, Keluarga...

ALOR SETAR - Keluarga Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim terus mengharapkan...

Remaja 14 Tahun &...

PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek...

Shaqiri Sah Milik Liverpool

LIVERPOOL mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan Xherdan Shaqiri dari Stoke City. Rundingan antara Stoke...

8 Lelaki Ditahan Miliki Dadah Berhampiran Kubur

BESUT – Lapan lelaki termasuk seorang remaja ditahan bersama 594 pil dadah jenis Yaba berhampiran sebuah kawasan kubur di Cabang Tiga Jerteh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang berkumpul di belakang sebuah rumah berhampiran kawasan berkenaan pada pukul 7 malam.

“Ketika siasatan dilakukan seorang daripada suspek telah mencampakkan sesuatu daripada beg sandangnya ke tanah dan apabila dibuat pemeriksaan, polis menjumpai pil pelbagai warna berjumlah 594 termasuk tiga botol cecair dipercayai dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata dua daripada lapan yang ditahan itu turut mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dadah dan mencuri.


Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 28 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori