Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Meroyan Mahu Terjun...

DALAM kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di pusat beli belah Kuantan...

Artis Mustaqim, Ara Johari...

SEPANG : Dua artis tempatan yang baru meningkat naik turut teruja mengiringi calon...

Kalau Ada Nilai Diri,...

RANTAU – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan...

Kasut, Beg Tangan Milik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa, 263 beg...

8 Kedai Di Kea Farm Terbakar, Rugi Setengah Juta Ringgit

CAMERON HIGHLANDS – Sebanyak lapan buah kedai di Kea Farm, Berinchang di sini mengalami kerugian kira-kira RM500,000 selepas terlibat dalam kebakaran tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohamad Haziq Hazmi berkata antara kedai terlibat dalam kebakaran itu ialah restoran, kedai buah dan kedai cenderamata.

Bagaimanapun katanya tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan 40 lagi kedai berjaya diselamatkan dalam insiden itu.

“Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 12.47 tengah malam dan tiba di lokasi pada 1 pagi bersama satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota.


“Kerja-kerja siasatan akan dilakukan dalam masa 14 hari dan punca kebakaran sedang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pukul 7 pagi ini. – BERNAMA

Kategori