Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBB Jual ‘Jagung Donald...

SEORANG penjual jagung boleh diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air apabila mengambil kesempatan...

Peguam Kejutkan Ramai, Tukar...

SEORANG peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan...

Mahathir Mungkir Janji, Kata...

NAIB Presiden PKR, Chang Lih Kang mengkritik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),...

Polis Marin Rampas Rokok...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 137,900 karton rokok...

73% Kematian Di Hospital Kerajaan Disebabkan Penyakit NCD

BALIK PULAU – Sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya membabitkan masalah obesiti, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata di ASEAN, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk gemuk tertinggi diikuti Thailand dan Singapura.

“Di negara ASEAN ini, memang Malaysia yang paling gemuk, 44.3 peratus penduduk mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) lebih daripada 25. Orang Malaysia ini makan enam kali sehari. Kita pun makan banyak makanan berlemak dan kurang bersenam.

“Gaya hidup masyarakat sekarang pun sudah berubah, sekarang mereka banyak tengok komputer dan media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan 23 lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha kepada masjid dan agensi kerajaan terpilih di Parlimen Balik Pulau, di sini hari ini.


Beliau berkata masalah penyakit NCD seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti serta strok amat membimbangkan dan ia boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit serius yang lain.

Justeru, Dr Hilmi berkata setiap rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman yang konsisten.

“Kementerian juga turut mempergiatkan kempen ubah cara hidup. Jadi, kita kena ubah hidup kita. Kalau di pejabat ada lif cuba naik tangga,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori