Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Anwar Enggan Layan Desakan...

GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan melayan desakan sekumpulan Ahli...

Memalukan Apabila Ahli Parlimen...

Kek coklat melayang ke muka? Mungkin selalu kita saksikan dalam drama tetapi...

Buaya Gergasi Rentas Semak...

AKSI seekor buaya gergasi yang selamba berjalan merentasi semak samun berjaya dirakam Circle...

“Bila Saya Melukis, Saya...

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau...

7,258 Pengguna Jalan Raya Kena Mata Demerit

KUALA LUMPUR – Seramai 7,258 orang pengguna jalan raya telah dikenakan mata demerit manakala142,135 notis saman dikeluarkan sejak Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dikuatkuasakan pada 15 April lalu.

Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata daripada jumlah itu, kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 129,781 dan 12,354 bagi kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Mahfuz meminta penjelasan mengenai jumlah saman dan pengguna yang dikenakan pemotongan demerit sejak AWAS dikuatkuasakan serta jumlah kamera AWAS yang telah dipasang.

Kementerian berkata sebanyak 21 kamera AWAS telah beroperasi di beberapa negeri setakat ini melibatkan lapan lokasi di Perak, Kuala Lumpur (tiga), Putrajaya (dua), Johor (dua), Perak (dua), Selangor (dua), Terengganu (dua), Kelantan (satu) dan Kedah (satu). – BERNAMA

Kategori