Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Beranak Kayuh Basikal...

SABAK BERNAM - Empat beranak mengayuh basikal sejauh 107km untuk pulang beraya meraikan...

Skuad Bola Sepak Wanita...

KOTA KINABALU - Skuad bola sepak wanita negara beroleh suntikan semangat menghadapi Sukan...

Larian Bendera Bukti UMNO...

TEMERLOH - Larian bendera yang dapat dijayakan hampir di seluruh negeri bersempena sambutan...

Lim Guan Eng Bertegas...

GEORGE TOWN - Sekiranya bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak...

7,000 Sertai #AnakAnakMalaysia Walk 2016

KUALA LUMPUR – Kira-kira 7,000 orang menyertai acara jalan kaki ‘kata dikotakan’ ‘#AnakAnakMalaysia Walk 2016’ yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 di sini hari ini.

Acara melibatkan jarak 3.4km itu, yang bermula dan berakhir di Bukit Bintang City Centre, dianjurkan Star Media Group, dengan kerjasama Eco World Development Group Berhad (Eco World).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz melepaskan peserta acara itu pada 7.30 pagi, yang turut diambil bahagian oleh petugas Star Media Group dan Ecoworld.

Pengerusi Star Media Group Bhd., Datuk Fu Ah Kiow berkata acara berjalan kaki beramai-ramai itu bertujuan mendorong orang ramai melibatkan diri secara aktif dalam meraikan kepelbagaian yang wujud di negara ini, di samping memupuk perpaduan, keharmonian dan toleransi dalam kalangan rakyat rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Untuk tahun kedua berturut-turut, Star Media Group dan Eco World berganding bahu menjayakan kempen #AnakAnakMalaysia, yang memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial, di mana sambil memakai gelang tangan, rakyat Malaysia mempamerkan mesej patriotik masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran acara itu di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Star Media, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, bagi meneruskan inisiatif tahun lepas, gelang tangan #AnakAnakMalaysia akan diedar ke seluruh negara.


“Rakyat Malaysia sekali lagi dipelawa menzahirkan kecintaan mereka terhadap negara dengan hashtag #AnakAnakMalaysia.

“Sebanyak 850,000 gelang tangan akan diedar bersama-sama akhbar The Star mulai 15 Ogos,” katanya.

Kempen ini juga mendapat sokongan daripada penganjur #AnakAnakMalaysia yang terdiri daripada tokoh awam dan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan kehidupan yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Acara jalan kaki ini menyaksikan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye; Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak; bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun dan selebriti tempatan, Lisa Surihani serta Harith Iskander, mengotakan kata-kata untuk perpaduan dan keharmonian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • jalan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori