Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menyusun Langkah Bertemu Malam...

BULAN Ramadan akan melabuhkan tirainya kembali menjanjikan seribu satu keistimewaan dan keberkatan yang...

Emma Stone, Andrew Garfield...

PASANGAN pelakon Emma Stone dan Andrew Garfield mencipta sensasi terbaharu apabila mereka dikatakan...

PBT Di Perak Diarah...

IPOH - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak, terutama Majlis Bandaraya Ipoh, sudah...

“Syukur Kali Ini Ada...

PASTI semua sudah tahu mengenai berita kehamilan pelakon kecil molek, Nora Danish. Sebelum ini,...

7 Tips Untuk Kurangkan Bajet Dan Kos Perkahwinan Anda

Majlis perkahwinan sememangnya merupakan majlis penting dalam masyarakat Melayu.

Tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mereka setakat ‘cukup syarat’ dan ala kadar.

Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi.

Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan.

Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda dan tips ini boleh digunakan dalam segala bentuk majlis perkahwinan, sama ada kecil atau besar.

1. Tetapkan jumlah jemputan

Lebih ramai orang yang anda jemput ke majlis perkahwinan anda, maka lebih besar kos yang perlu dibelanjakan. Cuba untuk membuat senarai jemputan perkahwinan yang terhad kepada rakan-rakan terdekat dan saudara-mara, dan bukan semua orang yang anda pernah temui dalam hidup anda. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. Kad tetamu jemputan

Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

3. Makanan

katering-kahwin

Semasa mengadakan kenduri kahwin, belanja makanan merupakan antara belanja yang paling banyak menelan kos. Jika anda memilih untuk menempah makanan dari catering, pastikan anda memilih makanan yang sesuai dan tidak keluar dari bajet yang telah anda tetapkan.

Kebanyakan servis katering menyediakan perkhidmatan pakej katering termasuk khemah dan pelamin pada kuantiti tertentu. Contohnya, RM10 sekepala termasuk khemah, meja, kerusi dan pelamin pada kuantiti minimum 500 orang jemputan. Survey harga catering pada sekurang-kurangnya 3 atau 4 tempat dan mengenal pasti apa yang pilihan terbaik yang ada.

Jika anda ingin gotong royong memasak sendiri makanan untuk jemputan, pastikan anda mempunyai cukup “kakitangan” yang terdiri daripada ahli keluarga, kawan-kawan, kawan kepada adik beradik kita atau anda boleh mengupah budak-budak yang tinggal di kampung berhampiran untuk membantu.
Kami syorkan jika anda tidak mahu pening kepala dan tak nak berpenat lelah, gunakan sahaja khidmat katering.

4. Borong Aksesori Perkahwinan

Hiasan perkahwinan

 

 


Jika anda memerlukan aksesori perkahwinan, maka belilah dari pemborong peralatan perkahwinan bukan kedai peralatan perkahwinan, anda akan menjimatkan banyak dengan cara ini. Namun sekarang, terdapat banyak pilihan yang boleh didapati melalui internet juga.

5. Jimat Kos Pakaian Pengantin

Pakaian pengantin

 

Pakaian pengantin boleh menjadi sebuah perbelanjaan yang besar, bahkan ia hanya akan digunakan sekali seumur hidup. Maka kita perlu bijak untuk menetapkan kos pakaian kahwin.

Cara yang dapat kita lakukan untuk jimat adalah dengan membeli pakaian kahwin terpakai yang masih dalam keadaan yang baik. Kebiasaannya, pengantin hanya akan menggunakan pakaian kahwin sekali sahaja. Maka pasti pakaian tersebut masih dalam keadaan yang baik semasa kita pinjam.

Cara lain adalah, tanya kawan-kawan dan saudara-mara jika mereka ada pakaian kahwin yang boleh anda pinjam atau sewa. Jangan lupa pastikan pakaian tersebut sesuai dengan saiz tubuh badan anda!

6. Lokasi

kenduri-rumah

 

Pertimbangkan lokasi yang dipilih. Jika anda ingin mengadakan kenduri di kawasan perumahan anda, pastikan kawasan jalan raya tersebut sesuai untuk diletakkan khemah. Seperti yang dikongsikan dalam point ke-3 sebelum ini, anda boleh berjimat dengan memilih servis katering yang turut menyediakan pakej percuma khemah, meja, kerusi dan pelamin pada harga yang berpatutan.

Namun jika lokasi berhampiran rumah tidak sesuai untuk diadakan majlis kenduri, anda boleh juga sewa dewan yang berdekatan dan sesuai. Anda boleh senaraikan dewan-dewan yang terdapat di sekitar anda seperti dewan masjid, dewan kawasan perumahan, dewan badminton sekolah, dewan serbaguna perumahan, dewan serbaguna universiti dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan dewan yang terdapat berhampiran kawasan anda, kemudian dapatkan nombor telefon ahli jawatankuasa dan tanyakan kos sewa dewan selama sehari. Pilih lokasi dewan yang sesuai menurut dengan anda pada kos yang paling jimat!

7. Checklist

Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.

Sumber: alhikmah

Oleh: hzqahmd

  • Lagi berita berkaitan:
  • tips

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori