Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ada Sanggup Tidur Di...

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat tidak akan menggunakan peminatnya demi kepentingan diri sendiri...

Gagal Asing Sisa Pepejal...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pengenaan kompaun bagi isi rumah yang gagal mengasingkan sisa...

Zulfarhan Beritahu Dia Tak...

KUALA LUMPUR — Seorang saksi dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan...

SPR Terima Pemakluman Rasmi...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi...

7 Pendaki Terkandas Di Gunung Jerai Diselamatkan

ALOR SETAR – Tujuh pendaki yang terkandas di Gunung Jerai malam semalam ditemui selamat dan dibawa turun dari gunung itu pagi tadi dengan bantuan pasukan penyelamat.

Kesemua mangsa terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 dan 26 tahun itu memulakan pendakian dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok pada 10 pagi semalam.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mustaffa Kamal Ahmad yang dihubungi berkata pasukan penyelamat menemui kesemua mereka dalam keadaan keletihan.

“Mereka telah berhenti rehat di kawasan Kepala Angin, Gunung Jerai dan semasa hendak meneruskan perjalanan salah seorang pendaki wanita mengalami kekejangan di bahagian kaki dan tidak boleh meneruskan pendakian,” katanya.

Berikutan itu, mereka katanya, telah terkandas di kawasan itu selama lima jam, menyebabkan dua pendaki lelaki telah keluar ke jalan utama berdekatan Telaga Tok Sheikh untuk meminta bantuan dari pihak pengurusan hotel berdekatan.


Mustaffa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 malam semalam dan telah mengerahkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani serta dibantu lima anggota polis dan seorang pengawas hutan.

Anggota pasukan mencari dan menyelamat terpaksa berjalan sejauh satu kilometer dari jalan raya Gunung Jerai sebelum tiba di lokasi pendaki terbabit pada kira-kira 3 pagi tadi, katanya.

Kesemua mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung sebelum dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut dan operasi telah ditamatkan pada 3.53 pagi, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori