Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Senarai Penuh Calon BN...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding...

Perintah Beku Tiga Akaun...

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank...

Polis Lancar ‘Ops Tutup’...

KUALA LUMPUR - Polis pada Rabu melancarkan 'Ops Tutup' bagi memburu enam suspek...

Raja Muda Perlis Mahu...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar ibu...

7 PATI Wanita Warga Thailand Ditahan Di Kedah

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Thailand dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Mergong di sini awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Negeri, Zuhair Jamaludin berkata ‘Op Gegar’ yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam hingga 1.30 pagi itu menyasarkan pusat-pusat hiburan seperti kafe, pub, pusat karaoke dan rumah urut.

Katanya, mereka yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/36.

“Operasi Gegar itu dilakukan bersama 13 anggota yang memeriksa 35 warga asing, daripada jumlah itu tujuh ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan disyaki bekerja di premis kafe dan pub terbabit,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, ketika serbuan, ada di antara wanita terbabit berjaya melarikan diri, namun hasil kepantasan dan kecekapan anggota JIM menyebabkan kesemua mereka berjaya ditahan untuk tindakan lanjut.


Berikutan itu, kesemua PATI dibawa ke lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen di Belantik, Sik. – BERNAMA

Kategori