Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Meninggal Dunia 1st Anniversary...

SIAPA kata cinta sejati hanya rekaan semata-mata? Pasangan ini mungkin bakal mengubah persepsi...

Dua ‘Superhero’ Luang Masa...

DUA bintang kacak Hollywood, Chris Evans dan Chris Pratt membuat kejutan kepada pesakit kanak-kanak...

Sultan Selangor Dukacita Amalan...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan...

Wan Azizah ‘SENTAP’ Dengan...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

67,000 Peserta Felcra Terima Dividen RM305.3 Juta

KEMAMAN – Felcra Berhad (Felcra) akan mengagihkan keuntungan sebanyak RM305.3 juta bagi hasil ladang tahun 2014 kepada kira-kira 67,000 pesertanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga Disember 2014 jumlah pendapatan yang diperolehi daripada tanaman kelapa sawit, getah dan padi berjumlah RM1,104,743,884.00.

“Jumlah perbelanjaan dalam bentuk kos operasi, khidmat pemasaran dan caj pengurusan pula adalah sebanyak RM749,167,547.00.

“Keuntungan kasar ladang diperolehi sehingga Disember 2014 sebanyak RM355,576,337.00 dan setelah ditolak potongan wajib seperti bayaran balik hutang kerajaan persekutuan, hutang kerajaan negeri, tabung tanam semula dan lain-lain potongan, keuntungan bersih yang boleh diagihkan ialah sebanyak RM305.3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program cakna Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama warga Felcra Berhad di Felcra Seri Bandi, di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar.


Mohd Shafie berkata peserta Felcra akan menerima dividen masing-masing berdasarkan keluasan tanah milik mereka yang akan mula dibayar minggu ini.

Ditanya mengenai jumlah dividen yang berkurangan berbanding RM380 juta pada tahun lepas, katanya ia disebabkan pengurangan hasil berikutan projek tanaman semula di kawasan seluas 7,194 hektar untuk kelapa sawit dan 1,904 hektar getah serta faktor harga komoditi yang tidak stabil.

“Sebab itu saya sarankan agar komoditi alternatif ditanam seperti di Sarawak, mereka menanam lada hitam dan di Johor pula antara tanaman alternatif yang diusahakan ialah cili dan rock melon.

“Dengan adanya komoditi sampingan, ia mampu menyeimbangkan hasil ladang berikutan harga komoditi utama yang mengalami ketidakstabilan harga di pasaran,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori