Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Permit, Polis Minta...

MUAR - Polis meminta debat antara calon pembangkang bagi kerusi Parlimen Muar, Syed...

Zahid Yakin POTA Dapat...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis...

Taman Tema Animasi Pertama...

IPOH - Taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park...

50 Sumbu Badak, Sembilan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 50...

6,500 Anggota Polis Baharu Akan Dilantik Setiap Tahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melantik sekurang-kurangnya 6,500 anggota polis baharu setiap tahun setelah mengambil kira faktor kekurangan anggota yang dihadapi apabila anggota bersara dan meletak jawatan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sebelum ini merekrut 4,000 anggota baharu setiap tahun bagi mengatasi masalah kekurangan anggota polis dalam usaha menangani jenayah di negara ini.

“Ini juga mengambil kira pengalaman tragedi pencerobohan Lahad Datu pada 2013. Malah ada juga kekurangan pengisian anggota polis baharu pada semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai tindakan kerajaan dalam memerangi jenayah dan langkah membasmi jenayah ragut yang semakin berleluasa.

Wan Junaidi mengakui peningkatan jenayah ragut mempunyai kaitan dengan kekangan jumlah anggota polis namun tidak semua bandar di negara ini mencatatkan peningkatan mendadak bagi kes jenayah ragut.


Menjawab soalan asal Fong mengenai kedudukan kadar jenayah di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain dari 2012 hingga 2014, Wan Junaidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa proaktif untuk mengurangkan kes jenayah bagi mencapai sasaran penurunan jenayah sebanyak lima peratus setahun.

Katanya statistik jenayah di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan sebanyak 3.1 peratus kepada 22,319 kes pada 2013 daripada 23,022 kes pada 2012.

Manakala pada 2014, penurunan sebanyak 18 peratus dicatatkan kepada 18,293 kes, katanya.

Wan Junaidi memberitahu, Petaling Jaya mencatatkan indeks jenayah tertinggi tahun lepas dengan 6,487 kes diikuti Johor Baharu Selatan (4,151), Bukit Mertajam (2,791), Ipoh (2,756) dan Kuantan (2,397). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori