Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Maut Dalam Kejadian...

JOHOR BAHRU - Seorang kontraktor mati ditembak diKampung Jaya Pakat, Senai, petang semalam,...

TMJ Isytihar Berjaya Tumpaskan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengisytiharkan baginda...

SPM Tetap Diteruskan Di...

MELAKA : Seramai 12,900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini akan...

Tiada Kesan Penderaan Fizikal...

SEREMBAN - Kanak-kanak lelaki tiga tahun, Muhammad Adam, yang ditemui bersendirian di sebuah...

600 Petugas TH Di Makkah Sambut Hari Kebangsaan

MAKKAH – Kira-kira 600 petugas Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bertugas di Tanah Suci bagi musim haji tahun ini, tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di sini, Rabu.

Mereka berkumpul di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj Janidriyah di sini seawal 7.30 pagi bagi mendengar amanat Ketua Rombongan, Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Turut hadir Ketua Pakar Rujuk, Datuk Seri Hassan Ahmad dan semua pengarah-pengarah operasi bagi musim haji kali ini.

Dalam ucapannya, Syed Saleh melahirkan rasa gembiranya apabila melihat audit ISO TH bagi sektor operasi haji di Madinah musim ini berjaya memperoleh Laporan Ketidakpatuhan (NCR) sifar, iaitu mematuhi semua standard prosedur.

Beliau juga meminta semua petugas haji supaya tidak melupakan amanah mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada 22,320 jemaah haji negara yang bakal menunaikan ibadah itu kali ini.

“Kita mempunyai peranan besar walau sekecil mana pun tanggungjawab dan tidak berlaku curang dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyantuni Dhuyufurrahman (tetamu Allah SWT),” katanya.

Syed Saleh berkata apa yang paling utama adalah menabur bakti kepada semua jemaah sepanjang Operasi Masya’ir membabitkan wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, Mina serta melontar di Jamrat.


“Ini kemuncak haji dan sembilan hari lagi persiapan operasi Masya’ir. Ini perlukan ketabahan, kita telah membuat persiapan tetapi hanya Allah SWT yang akan menentukan kejayaan usaha kita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua petugas supaya bersyukur di atas kemakmuran negara dan berpeluang ke tanah suci untuk berkhidmat kepada jemaah haji negara.

Pada majlis itu, semua petugas TH juga membaharui ikrar taat setia bagi menyempurnakan tugas yang diamanahkan itu.

Malam tadi, kesemua petugas dan jemaah haji mengadakan solat hajat, membaca surah Yassin dan mengikuti tazkirah sempena Hari Kebangsaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori