6 Pemancing Dikhuatiri Hilang Di Laut

GEORGE TOWN – Enam pemancing dikhuatiri hilang bersama sebuah bot fiber yang dinaiki mereka di perairan negeri ini selepas keluar ke laut pagi semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot pemancing warga tempatan itu dikatakan keluar dari Jeti Tanjung Berembang, Nibong Tebal dekat sini kira-kira pukul 8 pagi.

“Salah seorang abang mangsa dalam laporan polisnya menjelaskan bahawa adiknya belum pulang dan tidak dapat dihubungi.

“Justeru, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima pada awal pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, orang awam diminta melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut menerusi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

Loading...