Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hukuman Mati: Rayuan Inspektor...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang inspektor polis yang dijatuhi...

MH370: Semakan Terbaru Australia...

Semakan terbaru data sonar yang dikumpul semasa pencarian pesawat MH370 gagal menemui sebarang...

JDTkah Yang Salah?

MELAMPAU sungguh jika kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) cuba dipersalahkan disebalik...

Tun M Pengerusikan Mesyuarat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana...

6 Maut Akibat Tiupan Angin Kencang Di Eropah

BERLIN/PRAGUE – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh di Jerman, Poland dan Republik Czech akibat tiupan angin kencang yang melanda utara dan tengah Eropah, semalam.

Empat daripada mangsa terbabit dilaporkan maut di Poland dan Republik Czech akibat ditimpa pokok yang tumbang.

Ribut yang melanda turut menjejaskan bekalan elektrik hingga menjejaskan penduduk di negara berkenaan, selain menjejaskan perkhidmatan kereta api di utara Jerman.

“Tiupan angin dengan kelajuan lebih 100 kilometer setiap jam dilaporkan beberapa bahagian di Republik Czech dan meningkat kepada 180 kilometer setiap jam di Snezka, iaitu puncak tertinggi di negara itu,” lapor stesen televisyen Republik Czech.

Sementara itu, media Jerman melaporkan, dua mangsa yang maut di negara itu membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 63 tahun yang dipercayai lemas ketika berkhemah di Lower Saxony ketika ribut melanda.


Seorang lagi mangsa membabitkan seorang wanita yang menaiki sebuah bot, sebelum ia terbalik di Mecklenburg-Vorpommern. – Reuters/BH ONLINE

Kategori