Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita PBB Kerja Keras...

SIBU - Wanita Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bekerja sebagai satu pasukan mantap...

Tiga Mati Dalam MPV...

BATU PAHAT : Tiga individu yang ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV)...

Mahkamah: 5 Hari Bicara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 26 Sept...

GST Lebih 60 Lagi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan...

55 Saman Dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan

ALOR SETAR – Ibu Pejabat Polis Trafik Kota Setar mengeluarkan sebanyak 55 saman membabitkan 61 kesalahan trafik, termasuk menyita sembilan motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalan yang diadakan di Lebuhraya Darul Aman, di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi bermula 12 tengah malam sehingga 4 pagi itu, sejumlah 90 kenderaan pelbagai jenis dan 35 individu diperiksa pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail, berkata operasi bersepadu itu turut membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan dibantu anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM).

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu pihaknya mengeluarkan 55 saman membabitkan tiada lesen sebanyak lapan kesalahan, kesalahan nombor plat (16), ubah suai kenderaan (13), Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak enam kesalahan, tiada insurans (6), cermin sisi (6), tiada lesen (4) dan bawah umur sebanyak dua kesalahan.

“Pecahan kenderaan yang disaman pula membabitkan kereta lapan, dan 47 motosikal. Sebanyak sembilan motosikal pula disita.


“Selain itu, lapan lelaki dan dua perempuan ditahan AADK selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah methamphetamine,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, motosikal yang disita itu akan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Kategori