Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Comel… Kucing Juga Boleh...

CHINA - Gelagat seekor kucing melakukan senaman 'sit up' di bawah sebuah kereta...

MUDA Bertanding 6 Kerusi...

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) diperuntukkan enam kerusi, hasil rundingan bersama...

Penghantar Kargo Didakwa Cederakan...

BALIK PULAU - Seorang pekerja penghantar barang di sebuah syarikat kargo mengaku tidak...

KJ Dan Dr Noor...

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan berlepas ke Geneva, Switzerland bagi...

5,392 Warga Asing Ditahan Di Pusat Tahanan Sabah

KUALA LUMPUR – Seramai 5,392 warga asing kini berada di pusat tahanan di negeri Sabah kerana kesalahan memasuki negeri itu secara tidak sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, seramai 303 tahanan terdiri daripada warga Indonesia akan diusir dari negeri itu esok, menerusi Pelabuhan Tawau, Sabah.

“Majoriti warga asing yang ditahan adalah berasal dari Indonesia dan Filipina yang mana ada antara mereka didapati memasuki negeri itu secara tidak sah dan ada antaranya didapati tinggal lebih masa serta pelbagai kesalahan lain,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jumaat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu bilangan warga asing memasuki negeri Sabah pada tahun 2016 sehingga kini.

Shahidan berkata sejak 1990 sehingga semalam, seramai 563,162 warga asing telah diusir dari Sabah selepas memasuki negeri itu secara tidak sah.

“Pengusiran warga asing kini memakan masa sehingga empat bulan berbanding sebelum ini yang mengambil masa hingga dua bulan kerana kita perlu siasat adakah mereka (warga asing) terlibat dalam kumpulan ekstremis dan sebagainya.


“Kerajaan akan sentiasa memastikan kemasukan warga asing secara tidak sah ke Sabah dapat dikurangkan dan kita juga berharap agar orang ramai turut membantu kerajaan dengan tidak mengambil pembantu rumah dan pekerja warga asing tidak sah,” katanya.

Shahidan berkata dari Januari 2013 hingga 31 Ogos lepas, 544,644 warga asing dicatatkan memasuki Sabah secara sah dan sebanyak 39,360 dokumen termasuk permit kemasukan, kad Pemastautin Tetap (MyPR) dan sijil lahir telah dikeluarkan pihak berkuasa. – BERNAMA

Kategori