Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Jambatan Btg. Sadong Siap,...

KUALA LUMPUR - Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km telah siap dibina dan memberi...

Pengumuman Berhubung Insentif Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman berhubung insentif...

Najib Harap Dr. Fauziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal...

Sesi Menghadap Agong Hari...

KUALA LUMPUR - Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

53 Pendatang Asing Tanpa Izin Dihadapan Ke Mahkamah Sesyen

BUTTERWORTH – Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana tidak mempunyai dokumen sah, tinggal lebih masa yang dibenarkan dan menyalahgunakan pas.

Daripada jumlah itu, seramai 37 orang PATI mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Empat PATI pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, iaitu menyalahgunakan pas, manakala 12 PATI lagi mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1963 kerana tinggal lebih masa yang dibenarkan.

Mereka terdiri daripada 27 warga Myanmar, Indonesia (11), Bangladesh (lapan), seorang Kemboja dan seorang Nepal.

Kesemua mereka berusia antara 18 dan 48 tahun yang ditahan dalam beberapa operasi oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang pada bulan lepas dan masing-masing dihukum penjara antara satu dan enam bulan.

Sementara itu, seorang PATI warga Myanmar Abdul Salam Mohamad, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak mempunyai dokumen sah kerana mendakwa pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR).


Pendakwaan terhadap empat orang PATI iaitu dua warga Vietnam dan dua warga Bangladesh pula ditangguhkan kerana tidak mempunyai jurubahasa.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus kemudian menetapkan 24 Jan depan untuk sebutan semula kes Abdul Salam dan empat orang PATI itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Imigresen K. Shanmuganathan dan Zaki Mohd Khairan, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori