Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 17...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

MH370: MAS & 4...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Malaysian Airline System Berhad (MAS)...

PH Akan Mulakan Propaganda...

Setelah mereka dibelasah teruk di Melaka, saya ramal PH akan mula memainkan propaganda...

Syed Ali Umum Keluar...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, sebentar...

53 Kes Serangan Lanun Di Perairan Negara Bagi Tempoh 2006-2014

KUALA LUMPUR – Sebanyak 53 kes serangan lanun dilaporkan di perairan negara melibatkan Selat Melaka, Singapura dan Sarawak dari 2006 hingga tahun lepas.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, 38 kes direkodkan di Selat Melaka, 14 kes di Selat Singapura dan satu kes di Sarawak.

“Sejak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) beroperasi dari 2006, tumpuan diberikan bagi membanteras jenayah rompakan kapal dagang. Hasilnya, tiada kes rompakan berlaku di Selat Melaka sejak 2009 sehingga kini.

“Kes rompakan kapal dagang di Selat Singapura juga adalah terkawal,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Shahidan berkata demikian bagi menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mengenai statistik serangan lanun di perairan Malaysia dan pertimbangan kerajaan dalam mengambil keputusan tidak menandatangani perjanjian Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP).

Beliau berkata, daripada 14 kes di Selat Singapura, enam kes cubaan rompakan berjaya dipatahkan manakala lapan kes melibatkan kecurian barang alat ganti kapal.

Mengenai pendirian kerajaan untuk tidak menandatangani ReCAAP, Shahidan berkata kerajaan masih bekerjasama rapat dengan Pusat Perkongsian Maklumat (ISC) Singapura yang ditubuhkan di bawah ReCAAP bagi mendapatkan maklumat sekiranya terdapat kes kecemasan.


“ReCAAP adalah sebuah organisasi kerajaan yang ditaja oleh kerajaan Jepun yang beribu pejabat di Singapura tetapi tidak tertakluk kepada International Maritime Organisation (IMO), sebuah agensi antarabangsa yang turut dianggotai oleh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia mendapatkan maklumat mengenai kejadian rompakan di perairan Malaysia melalui International Maritime Bureau (IMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur yang mempunyai fungsi yang sama dengan ReCAAP.

Di samping itu, katanya, APMM kini memiliki sistem satelit yang dikenali sebagai Cospas Sarsat yang berfungsi sebagai pusat untuk menerima segala isyarat kecemasan yang dipancarkan oleh kapal-kapal laut termasuk isyarat kecemasan sekiranya berlaku kejadian rompakan serta-merta.

Menurutnya, kerjasama baik dengan agensi penguatkuasaan negara lain mencukupi bagi membantu kejayaan APMM menyelesaikan masalah dan pelbagai perkara berkaitan di kawasan perairan negara.

“Sejak kebelakngan ini, tiada kes rompakan dan tiada keperluan untuk menyertai ReCAAP selain kerjasama erat lain dengan APMM mencapai kejayaan dari segi penguatkuasaan di kawasan pantai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori