Gangguan Bekalan Air Di Kuala Lumpur & Gombak Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 9 malam Jumaat ini hingga 5 pagi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berkata gangguan berkenaan berikutan kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan.

Di Kuala Lumpur, kawasan yang terjejas ialah AREM Court, JUPEM, Dataran FELDA, Kampung Datuk Keramat, FELDA, Kementah, Flat DBKL Datuk Keramat, Lanai Gurney, Gurney Height, Lembaga Perkayuan Malaysia, Jalan Gurney, Lorong Gurney, Jalan Gurney 1-3, Lorong Gurney Kiri, Jalan Kent 1-7, Pulapol dan Jalan Lai Tet 1.

Turut terlibat Pusat Dialisis FELDA, Jalan Perumahan Gurney, Pusat Latihan Telekom, Jalan Maktab 1-6, Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Padang Tembak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Lai Tet Loke 1-2, Wisma Tanah, Jalan San Ah Wing, Wisma Transit Kuala Lumpur dan Jalan Semarak.

Di Gombak pula, kawasan yang terlibat ialah seluruh Taman Bukit Keramat.

Sehubungan itu SYABAS meminta pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh berkenaan.

SYABAS akan berusaha memastikan kerja-kerja disiapkan secepat mungkin bagi membolehkan pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan terlibat. – BERNAMA

Loading...