Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kamal Adli Terkilan Nama...

UMUM mengetahui khabar angin pengguguran Kamal Adli daripada sekuel filem Abang Long Fadil dan dikatakan...

Kastam Johor Tumpaskan Penyeludupan...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan penyeludupan 26...

Kanak-Kanak Maut Dilanggar Depan...

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan...

Roti Canai Malaysia Popular...

NEW YORK - Kelembutan dan kerangupan roti canai yang dibawa khas dari Malaysia...

5,000 Orang Asli Kelantan Peluk Islam Sejak 1980

GUA MUSANG – Lebih 5,000 daripada 15,000 Orang Asli telah memeluk Islam di Kelantan menerusi pelbagai kegiatan dakwah yang dilaksanakan terhadap masyarakat tersebut sejak 1980-an.

Ketua Pegawai Agama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Murtadha Abdullah berkata jumlah berkenaan bagaimanapun masih rendah dan pihaknya akan menjalankan program dengan lebih agresif bagi menarik minat masyarakat itu terhadap Islam.

“Setakat ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menempatkan 48 orang penggerak manakala MAIK turut melantik 60 guru agama daripada kalangan masyarakat tersebut untuk menjalankan aktiviti dakwah.

“Kita yakin pegawai yang ada itu mampu melakukan tugas dakwah bagi menarik lebih ramai masyarakat Orang Asli memeluk agama Islam secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Sambutan Maal Hijrah 2017 Masyarakat Orang Asli peringkat Kelantan di Pos Brooke di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Azman Agadiron.


Pada sambutan itu, Muslan Alang, 56, dan Zaleha Rami, 40, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Orang Asli Kelantan. – BERNAMA

Kategori