Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Hakim Putus Calon Tanpa...

SEREMBAN - Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri...

Suspek Langgar Lari Ditahan

SERDANG - Suspek kes langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini,...

Pembantu Rumah Bebas Hukuman...

Jakarta - Seorang wanita warga Indonesia selamat tiba di tanah air, kelmarin apabila...

Mahkamah Pakistan Tangguh Perbicaraan...

ISLAMABAD: Mahkamah tertinggi Pakistan hari ini menangguhkan perbicaraan kes mempertikaikan kesahihan tindakan Perdana...

50 Rumah Di Alor Setar Rosak Akibat Ribut

ALOR SETAR – Sebanyak 50 rumah di beberapa kampung di sini rosak teruk dalam kejadian ribut yang berlaku petang semalam.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Alor Gandak, Alor Teja, Alor Buluh, Gelam, Padang Tani, Alor Melintang, Pagar Air dan Padang Terus serta beberapa penempatan di kawasan Derga dan Limbong.

Kejadian ribut yang berlaku pada pukul 4 petang itu turut mengakibatkan sebahagian bumbung dan dinding beberapa rumah tercabut, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Munah Sahak, 78, yang menetap di Kampung Alor Teja berkata dia sedih apabila melihat bahagian ruang tamu rumah pusakanya yang berusia 100 tahun hampir ranap keseluruhannya akibat diterbangkan angin.

“Masa kejadian saya ada di rumah jiran. Bila nampak bahagian ruang tamu diterbangkan saya rasa sedih dan hanya mampu beristighfar. Sekarang saya tinggal sementara di rumah anak di Tandop,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Mohammad Tajuddin Abdul Majid, 56, pula berkata ketika kejadian dia sedang bersiap untuk ke masjid sebelum dikejutkan apabila melihat keseluruhan bumbung di ruang tamu rumahnya diterbangkan angin sejauh kira-kira lima meter hingga ke kawasan sawah.

“Saya terus mendapatkan isteri bersama tiga anak untuk berlindung di ruang dapur. Malam semalam, isteri dan anak-anak terpaksa tidur di dapur manakala saya tidur di bangsal di halaman rumah berikutan bahagian ruang tamu dibasahi hujan.


“Saya anggarkan kerugian yang dialami sekitar RM30,000 membabitkan kos membaiki bumbung dan barangan elektrik yang rosak,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais berkata bantuan akan disalurkan kepada Pejabat Daerah Kota Setar dan JKM bagi memastikan semua mangsa dapat membaiki rumah masing-masing.

“JKM turut menyalurkan bantuan awal berbentuk kit bencana membabitkan barang keperluan asas termasuk selimut kepada semua mangsa.

“Selain itu, Pejabat Menteri Besar juga mengagihkan bantuan segera berbentuk barangan keperluan asas melalui Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) selain wang tunai RM500 bagi meringankan beban mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori