50 Mangsa Banjir Di Kuching Dipindahkan

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan meningkat kepada 50 orang daripada 12 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata, 32 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Lumut manakala 18 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu di sini.

Setakat 8 malam tadi, 36 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di dua buah pusat pemindahan tersebut yang dibuka pada 3 petang semalam. – BERNAMA