5 Suspek Militan ISIS Pulang Ke Malaysia, 3 Ditahan

KUALA LUMPUR – Lima suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam dan Syria (ISIS) telah kembali ke Malaysia sementara tiga daripada mereka telah ditahan, menurut laporan sebuah akhbar.

New Straits Times (NST) melaporkan, Mohamad Fauzi, atau lebih dikenali sebagai Abu Dayyan merupakan salah seorang daripada individu yang ditahan.

Akhbar itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang mempunyai ‘lebih daripada satu personaliti’.

Sebelum pulang pada 27 Oktober, Abu Dayyan telah memasuki Syria bersama seorang lagi rakyat Malaysia yang hanya dikenali sebagai Abu Naeem, yang didakwa ‘komander kepada semua operasi’ dalam satu video propaganda oleh ISIS.

Menurut laporan itu, lokasi di mana militan yang pulang itu berada masih kabur.

Bagaimanapun, sumber dilaporkan memberitahu mereka berada di bawah pengawasan pihak polis.

Loading...