Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Logo TH Di Hotel...

MAKKAH - Logo Lembaga Tabung Haji (TH) akan dipasang dengan lebih jelas di...

Mohd Shahar Tekad Sokong...

MESKIPUN tidak menang bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Shahar Abdullah bertekad...

Jiran Meluat Wanita Gemar...

TIDAK tahan melihat jirannya di Novosibirsk, Rusia gemar jemur bogel di tingkap apartmen,...

Nik Omar Tak Berpengaruh...

KOTA BHARU - Pencalonan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham...

5 Sahabat Bebas Tuduhan Bunuh Lelaki Sri Lanka

SHAH ALAM – Lima sahabat menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan mereka daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki Sri Lanka di Kota Kemuning di sini, dua tahun lepas.

Majistret P. Sarulatha memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Fairul Azwan Che Hassan, 29, Shahril Ridzuan Osman, 20, Muhammad Shafazrin Sa’arudin, 27, Ariffudin Abdul Aziz, 27, dan Mohammad Aminudin Mohd Azizi, 21.

Kelima-lima tertuduh itu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.

Mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Abeysinghe Mudiyanselace, 24, antara 3 hingga 4 pagi pada 9 Ogos 2015 selepas mangsa didakwa cuba memecah masuk salah satu unit pangsapuri di situ.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 304 (b) Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.


Seramai 17 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Oktober 2016.

Kesemua mereka diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob sementara pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Ramli. – BERNAMA

Kategori