Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Britain, Taiwan Bakal Haram...

SELEPAS ribuan tahun digunakan manusia sejak dicipta masyarakat Sumeria yang membentuk tamadun Mesopotamia...

Cicak Gergasi Jadi Binatang...

Beranikah anda memelihara cicak sebesar saiz anak anjing sebagai binatang peliharaan di rumah?...

Lelaki Tertua Di Dunia...

MUNGKIN disebabkan usia yang semakin lanjut membuatkan seorang lelaki yang dipercayai  lelaki tertua...

Jurusolek Sempat Selfie Terakhir...

SEORANG jurusolek dari Rusia, Anna Sergeeva, 25, sempat memuat naik gambar selfie di laman...

5 Penagih Termasuk Bekas Penjawat Awam Ditahan

YAN – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) daerah Yan menahan lima penagih dadah berumur 25 hingga 48 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Singkir Laut, di sini, kira-kira 9.30 malam tadi.

Ketuanya Mohamad Ramli berkata antara yang ditahan adalah seorang pengedar dadah yang juga bekas penjawat awam yang menjadikan rumah terbabit sebagai tempat melepaskan gian dan membungkus dadah sebelum diedarkan di sekitar kawasan itu.

Katanya ketika serbuan dijalankan kesemua suspek sedang leka menghisap dadah tanpa menyedari kehadiran pasukan itu.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu kita menemukan enam peket lutsinar berisi dadah jenis opiat dan sebungkus plastik lutsinar dadah jenis methamphetamine, yang kesemunya seberat 29.1 gram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Berikutan itu, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis opit dan methamphetamine.

Pengedar itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lagi lelaki menerusi Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BERNAMA

Kategori