Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Dihina: Pegawai, Penyokong...

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Saiful Bukhari...

Mahu Harimau Malaysia Bangkit...

MELAKA - Keputusan seri 0-0 dalam perlawanan antara Harimau Malaysia dan Macau malam...

Kerugian RM98.98 Juta Akibat...

KUALA LUMPUR - Kes penipuan Love scam melalui media sosial yang sebahagian besar...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di...

5 PATI Cuba Menyusup Keluar Ditahan

TAWAU – Cubaan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup keluar dari negara ini gagal apabila ditahan anggota pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) serta Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan laut Tanjung Batu di sini, semalam.

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata sewaktu operasi unit kecil ESSCom pada 6.50 pagi itu, pihaknya terserempak sebuah bot laju yang kelihatan mencurigakan bergerak dari pantai Tanjung Batu menuju ke Pulau Sebatik, Indonesia.

“Ketka dihampiri, bot itu memecut melarikan diri, namun terkandas di Pantai Tanjung Batu.

“Dalam kejadian itu turut kelihatan juragan bot terjun meloloskan diri ke daratan manakala lima lelaki warga Indonesia berumur antara 17 dan 47 tahun yang berada di dalamnya tidak memiliki dokumen diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hazani berkata pihaknya turut menyita bot laju jenis kayu dan kesemua tahanan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

Kategori