5 Maut, 89 Cedera Letupan Saluran Gas Di China

CHANGCHUN (Wilayah Jilin, China) – Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 89 yang lain cedera dalam kejadian letupan saluran paip gas di bandar Songyuan dalam Wilayah Jilin, lapor agensi berita China Xinhua.

Letupan berlaku kira-kira 2.45 petang Selasa ketika pekerja sedang membaiki saluran paip gas yang mengalami kebocoran.

Kira-kira 14 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dengan kebanyakan daripada mereka mengalami luka terbakar.

Seramai 11 pakar perubatan dihantar ke Songyuan untuk membantu merawat mangsa terlibat. – BERNAMA