Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Minta Jangan Sebar Video...

KUALA LUMPUR - Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan...

RM500j Naik Taraf Jalan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri...

PAU 2019 Diubah Pada...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agong UMNO 2019 (PAU) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung...

Juru Pam Didakwa Salah...

ALOR SETAR - Seorang juru pam stesen minyak hari ini didakwa di Mahkamah...

5 Lelaki Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM407,000

GEORGE TOWN – Polis menahan lima lelaki disyaki anggota sindiket dadah di Pulau Pinang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM407,000 dalam operasi di sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Maidu Abu Bakar berkata antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Sungai Nibong dan Jelutong itu ialah 14,927 biji pil Eramin 5 dan ecstasy, syabu serta ketamin.

Polis turut menyita sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki dan dua kereta jenis Perodua Alza dan Proton Iriz, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata operasi polis itu bermula dengan penahanan seorang lelaki berusia 26 tahun di tempat letak kereta restoran makanan segera di Bandar Baru Air Itam pada pukul 2.30 petang Khamis.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta Nissan Serena milik lelaki itu, polis menemui syabu seberat 107 gram, ketamin (45 gram) dan 170 biji pil ecstasy dalam ruang gear kereta itu dan wang tunai sebanyak RM20,000,” katanya.

Beliau berkata ekoran penahanan lelaki itu, polis menyerbu rumahnya di Sungai Nibong di sini dan merampas 1,725 gram syabu, 1,475 gram ketamin, 1,700 biji pil Eramin 5 dan 485 biji pil ecstasy.


Polis kemudian menahan seorang lagi lelaki di kawasan pondok pengawal sebuah apartment di Jelutong pada pukul 9.30 malam hari yang sama sebelum menyerbu rumah sewa yang didiami lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Maidu berkata polis menemui 8,900 biji lagi pil Eramin 5 dan 3,672 pil ecstasy di apartment berkenaan.

“Siasatan mendapati lima lelaki berusia 23 hingga 26 tahun itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif di negeri ini sejak enam bulan lepas,” katanya.

Beliau berkata kelima-lima lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi hidup mewah itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket lain dan mengedarkannya di pusat-pusat hiburan di negeri ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori