Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Penjenayah Maut Berbalas...

MACHANG - Polis menembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan...

GST Adalah Harus, Tegas...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai...

MATTA Fair 2019 Bukti...

KUALA LUMPUR - Ketika Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair)...

APMM Tahan 2 Kapal...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing kerana...

5 Komander Terbabit Kebakaran Lokap Ditahan

CARACAS – Pihak berkuasa Venezuela menahan lima komander polis disyaki terbabit dalam kebakaran di lokap ibu pejabat polis sehingga meragut 68 nyawa, semalam.

Ketua Pendakwa Negara, Tarek William Saab berkata, kesemua komander terbabit dipercayai bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

Kebakaran itu yang berlaku Rabu lalu di ibu pejabat polis di Valencia iaitu bandar ketiga terbesar di Venezuela mencetuskan kemarahan orang ramai termasuk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Pejuang kumpulan hak asasi banduan, Una Ventana a La Libertad berkata, banduan terbabit membakar tilam dalam usaha untuk melarikan diri dari penjara namun terperangkap apabila api marak dengan cepat, diikuti oleh asap tebal.

Menurut pihak berkuasa, 66 banduan dan dua pelawat wanita maut dalam kejadian berkenaan.


Saab menerusi kenyataan di Twitter berkata, kelima-lima komander itu disyaki bertanggungjawab atas insiden terbabit yang meragut 68 nyawa di lokap ibu pejabat polis.

Salah seorang komander yang ditahan itu ialah timbalan pengarah di ibu pejabat polis.

Menurut Saab, siasatan menyeluruh akan dilakukan dan hukuman keras menanti individu bertanggungjawab. – AFP/BH ONLINE

Kategori